Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Pautan kepada Laman Web Yang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Pemberitahuan
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta 709") yang telah berkuatkuasa.
Penafian
UPENS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
Kod QR
Layari Portal Rasmi E-Agro dengan versi mudahalih menerusi telefon pintar anda dengan hanya melalui Kod QR UPENS (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor).
Berikut disediakan cara penggunaan Kod QR.
Cara penggunaan Kod QR melalui telefon pintar atau Tablet:
Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar (smartphone) atau Tablet anda.
Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari telefon pintar atau Tablet anda.
Anda akan terus dibawa ke Portal e-Agro versi mudahalih.
Dasar Keselamatan
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi jabatan adalah dilarang.
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke laman portal e-agro.com.my atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran daripada pihak penyediaa Portal ini.
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman portal e-Agro adalah dilarang.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.